fbpx

EPL: Situasi benteng resahkan kem Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMERO dilapor berdepan masalah kecergasan menyebabkan dia bakal terlepas aksi menentang City. - AFP

MANCHESTER – Tottenham Hotspur yang mengalami dua kekalahan berturut-turut berdepan dengan situasi cukup sukar apabila dihimpit masalah kecederaan pemain.

Keadaan itu meletakkan pengurusnya, Ange Postecoglou dalam situasi memeritkan kerana mereka dijadualkan menentang Manchester City di tempat lawan, awal pagi eok.

Pemain pertahanan, Cristian Romero hampir pasti tidak dapat diturunkan, manakala Micky van de Ven juga dikatakan masih memerlukan tempoh beberapa minggu lagi sebelum boleh beraksi.

Ini bermakna Spurs bakal kehilangan dua tonggak pertahanan tengah sekali gus menuntut idea yang lebih efektif daripada Postecoglou bagi berdepan City selaku juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

“Saya gembira dengan Cristian kerana isterinya baharu saya melahirkan anak perempuan. Namun, dia belum lagi cergas 100 peratus dan peluangnya masih samar untuk diturunkan.

“Walaupun sudah berlatih, Micky pula masih perlukan beberapa minggu lagi. Kami harap pertengahan Disember ini dia dapat kembali perkuatkan pasukan,” katanya.

Van de Ven sudah menyertai latihan namun dilaporkan belum cergas sepenuhnya daripada masalah hamstring dialaminya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI