fbpx

EPL: Chelsea kembali ke landasan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enzo Fernandez memastikan Chelsea membawa pulang tiga mata selepas meledak gol kemenangan sebentar tadi. - Foto Reuters

LEICESTER – Pasukan Chelsea kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Leicester City 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Blues kendalian Enzo Maresca membariskan kesebelasan terbaik dengan Nicolas Jackson, Cole Palmer dan Joao Felix mengetuai jentera serangan.

Pasukan pelawat tidak mempunyai masalah untuk membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 hasil penyudah Jackson selepas menerima hantaran Enzo Fernandez.

Gol tersebut menaikkan semangat Chelsea untuk menggandakan asakan dan hampir menambah jaringan menerusi rembatan Noni Madueke tetapi berjaya ditepi penjaga gol Leicester, Mads Hermansen.

Bersambung pada babak kedua, Chelsea terus mendominasi saingan dan berjaya melebarkan kelebihan dengan Fernandez mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-75.

Harapan The Blues untuk memastikan gawang tidak dibolosi gagal apabila Jordan Ayew meledak gol pada masa kecederaan selepas dihadiahkan sepakan penalti dengan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini meraih 22 mata selepas mengharungi 12 aksi liga musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI