fbpx

‘Bohonglah tak sedih, merajuk sehari dua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI sedih lagu ciptaannya, Belakang Tabir tidak terpilih ke AJL39, Syamel tidak putus asa untuk terus berkarya.

PERCAYA dengan rezeki, Syamel mengakui tidak berputus asa meski lagu ciptaannya, Belakang Tabir gagal mara ke Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Syamel atau nama lengkapnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 30, berkata, biarpun berasa sedih dan kecewa, itu asam garam bergelar anak seni.

“Bohong kalau saya kata tidak sedih. Pastilah saya rasa sedih apabila lagu itu tidak tercalon.

“Sebagai penyanyi tentu kita meletakkan harapan tinggi untuk tersenarai dalam AJL39. Tetapi, saya tidak membiarkan rasa sedih itu terlalu lama.

“Biarpun tidak berjaya, saya tetap akan berusaha untuk terus menghasilkan karya berkualiti dan terbaik pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran anugerah Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) di sini semalam.

Dalam pada itu, Syamel tidak menyalahkan pihak juri mahupun menafikan keputusan yang telah dibuat. Sebaliknya, dia berlapang dada dan menganggap rezeki untuk menyertai AJL39 tidak berpihak kepadanya.

Syamel juga mengakui tidak berkecil hati dengan Edry Abdul Halim selaku Ketua Juri Muzik-Muzik Separuh Akhir (SFMM) yang berlangsung pada 14 dan 15 November lalu.

“Saya dengan Edry memang rapat tetapi dia sangat profesional dan memberikan kata-kata semangat. Sebaik saja keputusan keluar, Edry cakap dengan saya yang semua ini adalah rezeki.

“Jadi, jika tiada rezeki saya tahun ini apa lagi yang kita boleh ubah. Saya percaya apabila tiba masanya, insya-Allah rezeki itu ada.

“Saya merajuk sehari dua itu mungkin, tetapi tidaklah sampai tidak mahu lagi masuk bertanding AJL pada masa akan datang. Lagipun saya tidak menafikan pentas AJL ini juga yang banyak membantu melonjakkan nama saya,” katanya.

Pada masa sama, Syamel turut mengamalkan sikap terbuka apabila isterinya iaitu Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa apabila Belakang Tabir gagal ke pentas AJL39.

“Kadangkala kita rasa lagu itu besar tetapi orang lain fikir biasa saja. Lagi pun bagi  saya lagu ini bersifat subjektif,” ujarnya.

Sebelum ini Ernie menyifatkan kegagalan lagu itu ke pentas AJL39 sebagai satu kehilangan sebuah karya berkualiti kepada industri muzik tanah air.

Tawaran fon kepala terbaik

Terdahulu, Edry juga mengakui proses pemilihan 10 lagu terbaik untuk dipertandingkan sangat mencabar dan semua keputusan diputuskan secara sebulat suara oleh juri.

Sepuluh lagu yang mara ke pentas AJL39 adalah Sengaja nyanyian Amir Masdi ciptaan dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim; Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik), Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito)

Selain itu, Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves), Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos.

Tidak ketinggalan, Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh) dan Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI