KUALA LUMPUR – Pelajar senior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa mencederakan pelajar tahun satu dengan memijak pelajar junior itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.
Suspek tiba pada pukul 9.20 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis. Difahamkan pendakwaan terhadap suspek akan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Semalam Kosmo! melaporkan suspek kes buli itu akan dituduh di mahkamah di sini hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, seramai 16 saksi dipanggil bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian.
Terdahulu Kosmo! melaporkan pelatih tahun satu institusi berkenaan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dibuli pelajar senior pada 21 Oktober lalu.
Semalam Kosmo! melaporkan suspek kes buli seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah akibat dipijak penuntut senior akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, seramai 16 saksi dipanggil bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian.
Terdahulu Kosmo! melaporkan pelatih tahun satu institusi berkenaan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dibuli pelajar senior pada 21 Oktober lalu.
Rusdi berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
“Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang penuntut tahun tiga.
“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE