PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dapat meletakkan kenderaan di petak yang disediakan di sebuah stesen minyak apabila ia digunakan sebagai parkir motosikal.
Menerusi rakaman video papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik @hzysff di TikTok, memaparkan situasi tersebut melibatkan seorang pemandu dan penunggang motosikal.
Dalam video berkenaan, penunggang motosikal itu dilihat berjalan menuju ke kaunter sebelum menoleh ke arah kereta tersebut dan memberi isyarat parkir tersebut tidak boleh digunakan.
Situasi berkenaan mencetuskan persoalan dan kekeliruan dalam kalangan pengguna terutama pemandu kereta.
“Sesetengah tempat memang letak kon tanda itu parkir motosikal. Di tempat saya ada parkir khas untuk motosikal, mereka guna kon,” ujar Sharizatul Hidayah.
“Sepatutnya pihak stesen minyak perlu jelaskan ruang letak motosikal dan kereta. Kena ada tempat untuk motosikal dan kereta. Sabar ya,” komen Irena Safiya.
“Tengok video ini betul-betul. Stesen minyak letak kon untuk parkir motosikal di sebelah tapi pakcik ini tetap parking di tempat letak kereta,” kata Nazri yang tidak bersetuju dengan tindakan penunggang motosikal tersebut. – KOSMO! ONLINE
@hzysffpetak tu mmg petak utk parking kereta kan?♬ suara asli – R besar