fbpx

‘Saya akan jaga Afiq walaupun terpaksa merangkak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIDA menjaga anaknya, Mohd. Afiq yang merupakan OKU celebral palsy ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Merah, Alor Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan kesusahan dilalui ibu tunggal, Suhaida Suib, 37, yang kudung kaki akibat kencing manis dan perlu membesarkan anak lelakinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Menurut Suhaida, di sebalik kudratnya yang terbatas dan kemiskinan, dia tetap mahu memberikan yang terbaik buat Mohd. Afiq Ramadhan Abdullah, 9, yang menghidap cerebral palsy sejak kecil.

“Saya akan menjaga Afiq sampai tutup mata walaupun terpaksa merangkak sekalipun. Kalau serahkan kepada orang lain, saya bimbang mereka tidak dapat memberikannya kasih sa­yang sama seperti saya.

“Jadi biarlah kami susah sekali pun, namun tetap bersama,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Alor Merah, di sini baru-baru ini.

Suhaida yang juga pesakit buah pinggang kronik itu memberitahu, kehidupannya agak sempit sejak kebelakangan ini apabila terpaksa berpindah dari Kuala Kedah ke rumah sewa baharu di Kampung Alor Merah.

“Dulu kami bertiga (termasuk anak sulung berusia 20 tahun) menyewa di Kuala Kedah de­ngan kadar RM250 sebulan, tetapi rumah itu tidak berapa sesuai buat anak OKU saya. Ketika ini saya membayar sewa RM450.

“Sejak tiga bulan lalu, saya ke­rap tidak sihat dan dimasukkan ke masuk hospital, jadi anak sulung terpaksa berhenti kerja kedai makan untuk menjaga adik­nya. Jadi kami tidak mempunyai sumber pendapatan,” katanya.

Mereka bertiga kini bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan sementara anak sulungnya mencari kerja lain.

“Kami ada memohon bantuan untuk Afiq, jika diluluskan wang itu dapat menampung belanja termasuk lampinnya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Suhaida boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0210-8410-0008-4191 atas nama Suhaida Suib. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI