PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang hampir seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terjejas adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Kedah, keadaan ini melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling serta Muallim, Perak manakala di Pahang membabitkan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang.
“Ribut petir turut dikesan berlaku di beberapa kawasan di Johor meliputi Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya hari ini.
Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Sri Aman (Sri Aman).
Bagi Sabah pula, Pantai Barat (Papar, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Kudat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE