fbpx

Piala Malaysia: Sri Pahang tekad kejutkan Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kpah Sherman (kiri) dijangka kembali perkuat jentera serangan skuad Tok Gajah malam esok. - Foto ihsan FB Sri Pahang

PASUKAN Sri Pahang tekad memberikan kejutan kepada Selangor FC pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam esok.

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui sudah mempunyai strategi ampuh meskipun skuad Gergasi Merah dianggap sebagai pilihan berdasarkan kedudukan mereka dalam kancah Liga Super musim ini.

Menurut Fandi, pasukan Tok Gajah ketika ini boleh menarik nafas lega apabila penyerang import, Kpah Sherman tidak mempunyai masalah untuk diturunkan selepas dilihat pulih dari kecederaan dan pengantungan.

Fandi berkata, apa yang meresahkan ketika ini adalah Sergio Aguero belum lagi bersama pasukan selepas menyarung jersi skuad Harimau Malaya baru-baru ini.

“Buat masa ini, saya tidak pasti tahap kecergasan kerana dia (Aguero) pun belum hadir berlatih dan kemungkinan hari ini kita akan mengetahui gambaran sebenar apabila dia berlatih nanti.

“Khidmat Aguero amat diperlukan pasukan bagi saingan piala berprestij ini.

“Namun, saya boleh sahkan bahawa Kpah Sherman akan mengetuai jentera serangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Mengulas lanjut, Fandi mahu benteng Sri Pahang berwaspada dengan rangkaian penyerang Selangor FC.

Kata Fandi, pergerakan tiga jentera serangan utama, Ronnie Fernandes, Alvin Fortes dan Ali Olwan perlu dirantai sepanjang perlawanan.

“Kekuatan mereka ada di bahagian penyerang juga beberapa pemain yang sangat matang di posisi lain. Bagi saya semua pemain harus di awasi kerana kalau di beri peluang pasti membahayakan team kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI