fbpx

Pernah skandal, Nissa Sabyan-Ayu kini sah suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nissa dan Ayus dilaporkan selamat bernikah di kediaman pengantin perempuan di Bekasi, Indonesia pada 4 Julai lalu.

BERTAHUN didakwa menjalin hubungan sulit, anggota kumpulan Sabyan Gambus, Nissa dan Ayus disahkan sudah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bekasi, Indonesia pada 4 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan Ketua Wilayah Pondok Gede, Ahmad Sumroni yang menyatakan pernikahan disempurnakan selepas Isyak dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua mempelai.

Mengambil keberkatan Jumaat, pemain keyboard juga duda anak dua itu menyerahkan mahar berupa cincin emas seberat tiga gram bersama wang tunai sebanyak RM56.

“Pernikahan Ayus atau Ahmad Fairus dilangsungkan pada 4 Julai 2024. Permohonan dibuat mengikut akta pernikahan iaitu seminggu sebelumnya. Syarat lengkap semua.

“Status Fairus sebagai duda, manakala Nissa belum pernah bernikah, jadi masih perawan. Nikah di rumah Nissa yang melaksanakan ayah kandungnya. Penghulu hanya menghadiri dan mencatat,” katanya.

Sebelum ini Nissa atau nama lengkapnya Khoirunnisa Sabyan, 25, hanya menyifatkan gosip sebagai penyondol dan peruntuh rumah tangga teman sekumpulannya itu hanya asam garam dunia hiburan.

Biarpun kecurangan Ayus terhadap isterinya, Ririe Fairus dibongkar adik pemuzik itu sendiri, Nissa tetap mengambil jalan selamat iaitu enggan memberi maklum balas terhadap tuduhan dilemparka

Ayus dan Ririe yang menjalin cinta selama lapan tahun sebelum mendirikan rumah tangga kemudian menoktahkan ikatan mereka pada 24 Mac 2021 iaitu selepas tujuh tahun berkahwin.

Terdahulu, dalam pendedahan menerusi wawancara program Rumpi No Secret Trans TV sekitar 2021, adik Ayus memaklumkan abangnya ‘tertangkap’ selepas dia terlupa memadam perbualan ‘cinta’ antaranya dengan Nissa dalam satu aplikasi chat.

Susulan itu pemuzik terbabit menerusi sebuah video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di media sosial mengaku bersalah dan memohon maaf terhadap Fifie, keluarga dan anggota Sabyan Gambus yang tidak selesa dengan kesalahan dilakukannya.

Sementara itu, sejak khabar pernikahan Nissa yang dicop sebagai pelakor atau perampas lelaki orang dan Ayus tersebar, laman sosial mereka diserang netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI