fbpx

Penumpang naik bas kerana juruterbang penat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah pesawat Air India. - Foto AFP

NEW DELHI – Beberapa juruterbang dan pembantu juruterbang  enggan menerbangkan sebuah penerbangan Air India dengan alasan mereka keletihan, lapor portal berita Independent kelmarin.  

Pada mulanya, penerbangan Air India dari Paris ke New Delhi itu dilencongkan kerana cuaca berjerebu teruk di Delhi, menyebabkan juruterbang sukar melakukan pendaratan kerana jarak penglihatan yang sangat terhad.

Penerbangan AI-2022 itu berlepas dari Paris pukul 10 malam (waktu tempatan) Ahad lalu dan pada asalnya, dijangka tiba di New Delhi pukul 10.35 pagi Isnin lepas. 

Bagaimanapun, pesawat  dilencongkan ke Jaipur, Rajasthan pagi Isnin lepas disebabkan jerebu di ibu negara India, manakala juruterbang tidak terlatih  untuk melakukan pendaratan dalam situasi jarak penglihatan terhad, demikian menurut sumber.

Keadaan bertambah buruk apabila juruterbang enggan meneruskan penerbangan, memetik keletihan dan peraturan Had Masa Tugas Penerbangan (FDTL) yang menetapkan garis panduan mengenai waktu rehat, lapor portal berita NDTV.

Air India tidak mengeluarkan kenyataan rasmi  tetapi sumber sama dipetik sebagai berkata, mengatur penerbangan alternatif akan mengambil lebih banyak masa berbanding mengangkut penumpang terbabit ke Delhi dengan bas. 

Syarikat penerbangan itu menghantar semua penumpang AI-2022 ke New Delhi dengan menaiki  bas dari Jaipur. Insiden itu menimbulkan kemarahan pelancong terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI