fbpx

Pelajar senior UPNM mengaku tidak salah pijak perut junior pakai ‘but spike’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes buli seorang pelajar UPNM ketika dibawa pegawai polis ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. FOTO SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar senior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan juniornya dengan memijak perut pelajar tahun satu universiti itu dengan ‘but spike’ bulan lalu.

Tertuduh Mohd. Aidil Mat Awang Ghani, 22, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapanMajistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Haziq Iqbal, 19, apabila telah memijak perut mangsa dengan dengan memakai kasut but (spike but).

Kesalahan didakwa dilakukan di padang kawad, akademi latihan ketenteraan UPNM pukul 10.45 malam pada 21 Oktober lalu.

Justeru pertuduhan dibuat mengikut seksyen 323 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman kebangsaan (YBGK) Nurul Diyana Basher.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu saksi dan mangsa.

Sebutan semula kes ditetapkan 10 Februari 2025.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pelatih tahun satu institusi berkenaan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dibuli pelajar senior pada 21 Oktober lalu.

Semalam Kosmo! melaporkan suspek kes buli seorang penuntut tahun satu UPNM yang cedera parah akibat dipijak penuntut senior akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, seramai 16 saksi dipanggil bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pelatih tahun satu institusi berkenaan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dibuli pelajar senior pada 21 Oktober lalu.

Rusdi berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.

“Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang penuntut tahun tiga.

“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami,” jelasnya.

Sebelum itu, seorang pelajar senior universiti sama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pegawai kadet junior universiti itu dengan menekap seterika wap panas pada dada kanan bulan lalu.

Amirul Iskandar Norhanizan, 22, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI