fbpx

PDRM diminta dedahkan siasatan terbaharu kes Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mendedahkan perkembangan terkini termasuk dalang kes serangan asid terhadap pemain kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim.

Exco Pembangunan Sukan Selangor, Najwan Halimi berkata, ini termasuk pendedahan kepada khayalak ekoran kes tersebut masih menjadi tanda tanya meskipun kes sudah enam bulan berlalu.

Malah, beliau menegaskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Lau Weng San telah menghantar surat kepada polis sebelum ini untuk perkara tersebut.

“Sehingga hari ini, kita masih belum ketahui status kes Faisal. Kali terakhir kita dimaklumkan (bahawa) tuan Speaker tulis urat kepada polis memaklumkan usul dipersetujui Dewan Negeri Selangor lalu.

“Kita minta siasatan menyeluruh dan dedahkan siasatan kes kepada khalayak tetapi kita tak terima maklum balas,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd. Shafie Ngah (PN – Sungai Ramal) berhubung status terkini siasatan pihak berkuasa terhadap pemain kebangsaan yang mesra dipanggil Mickey.

Pada Julai lalu, DUN Selangor membuat usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap pemain yang mendapat jolokan Mickey itu selepas ia dipersetujui wakil rakyat kerajaan dan pembangkang selain usul berkenaan dibahaskan lima ADUN.

Dalam kejadian 5 Mei lalu, Faisal mengalami lecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas diserang dengan asid oleh individu tidak dikenali di Kota Damansara, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI