fbpx

Pasangan asyik berkepit boleh beri tekanan berisiko mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Setiap pasangan berkahwin atau sedang dalam fasa bercinta pastinya mempunyai ragam berbeza.

Ada yang mahu berkepit dan sentiasa berada dekat dengan cinta hati masing-masing mahupun sebaliknya.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian di media sosial menjelaskan, situasi tersebut membawa dua kesan yang berbeza sama ada kepada individu mahupun hubungan.

“Dari sudut positif, sifat sebegini menunjukkan mereka menghargai hubungan. Mereka mahu pasangan rasa disayangi dan dihargai dan dapat membantu membina hubungan yang lebih kukuh dan rapat.

“Tetapi, ia juga boleh datang dari rasa takut kehilangan, takut ditolak atau kurang keyakinan diri sehingga boleh memberi tekanan kepada hubungan atau individu sehingga berisiko alami mental,” katanya di Facebook.

Tambah PHM, hubungan yang sihat adalah tentang memberi dan menerima, bukan hanya perlu sentiasa bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI