fbpx

Napie Spider meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Hanafi Hamdan atau Napie disahkan meninggal dunia Hospital Sungai Buloh sekitar pukul 3 pagi tadi.

PETALING JAYA – Pemain gitar utama kumpulan Spider, Hanafi Hamdan atau Napie disahkan meninggal dunia Hospital Sungai Buloh sekitar pukul 3 pagi tadi.

Khabar duka tersebut dikongsi pelakon, Hasnul Rahmat yang itu memaklumkan jenazah allahyarham kini masih masih di hospital dan dalam proses untuk dibawa ke Masjid Cahaya man, Bandar Country Homes, Rawang untuk urusan kafan dan solat pada pukul 9 pagi.

“Jenazah dijangka akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.

“Kepada yang ingin memberi penghormatan akhir buat allahyarham Nafie, boleh terus ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang,” katanya.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dikongsi lanjut kepada umum.

Julai lalu, allahyarham Napie dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat diserang strok di Studio Luncai Emas.

Terdahulu, Spider kehilangan pemain bes, Tony Iskandar yang ditemui meninggal dunia di studio rakaman berkenaan pada 30 Jun 2021. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI