fbpx

Lagi sejarah tercipta, Abang Adik dinobatkan Filem Terbaik Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Abang Adik terus melakar sejarah apabila diumumkan sebagai Filem Terbaik pada 10th Asian World Film Festival (AWFF).

PETALING JAYA – Filem Abang Adik terus melakar sejarah apabila diumumkan sebagai Filem Terbaik pada 10th Asian World Film Festival (AWFF) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), harı ini.

Selain kategori Filem Terbaik, pelakon dari Taiwan, iaitu Wu Kang-ren yang menjadi teraju utama naskhah itu turut dinobatkan sebagai Aktor Terbaik.

Kejayaan hebat tersebut diumumkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan mengucapkan tahniah kepada pihak produksi termasuk para pelakon kerana mencipta kejayaan luar biasa.

“Setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian filem cereka tempatan Abang Adik arahan Jin Ong yang memenangi dua anugerah Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Kang-ren) kategori Snow Leopard di AWFF.

“Mencipta sejarah buat filem Malaysia dengan mengenepikan 15 buah filem antarabangsa yang mewakili negara masing-masing bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-97 (Oscars).

“Filem Abang Adik lakonan Kang-ren dan Jack Tan telah mendapat galakan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Finas,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut berkongsi kejayaan, pasukan produksi meneris sebuah hantaran Instagram turut berterima kasih kepada barisan juri yang telah memilih Abang Adik sebagai Filem Terbaik AWFF.

“Abang Adik baru sahaja memenangi Filem Terbaik dan Aktor Terbaik pada AWFF. Terima kasih kepada semua juri atas pengiktirafan ini,” katanya.

Setakat ini, filem yang mengisahkan kehidupan dua anak yatim piatu yang hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpu sudah merangkul 19 anugerah antarabangsa.

Antara pencapaian tertinggi Abang Adik ialah anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) dan Golden Mulberry, Black Dragon Critic’s Award serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik pada Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali.

Baru-baru ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan pemilihan filem Abang Adik sebagai wakil Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-97 di AS, Mac tahun depan.

Filem Abang Adik mencatat kutipan RM5.7 juta ketika ditayangkan di negara ini, Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI