fbpx

Hilang ibu bapa akibat Covid-19, Nur Yasmine cekal tamatkan ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Yasmine Hanie Mohd. Yunus berkongsi kegembiraan bersama abangnya Izhan Mohd. Yunus selepas menerima Anugerah Dekan semasa Majlis Konvokesyen UTM ke-68.

JOHOR BAHRU – Kesedihan kehilangan kedua ibu bapa hanya dalam tempoh sebulan akibat Covid-19 terpaksa diketepikan Nur Yasmine Hanie Mohd. Yunus, 24, bagi mencapai cita-cita menggenggam ijazah.

Anak bongsu daripada empat beradik yang berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia kehilangan ayahnya pada 28 Jun 2021, manakala ibunya pada 12 Julai tahun sama.

“Saya tidak dapat gambarkan perasaan ketika itu, sangat sedih sehingga tidak tahu hendak buat apa, memang rasa ‘down’ sangat sehingga pernah buat keputusan untuk berhenti belajar.

“Tetapi abang dan kakak banyak memberikan saya semangat untuk habiskan pembelajaran, Alhamdulillah pensyarah dan rakan-rakan juga banyak membantu dan menaikkan semangat saya kembali,” katanya kepada pemberita.

Tambah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, selepas kejadian tersebut, dia berpindah ke Johor Bahru bagi memudahkan urusan termasuk menghadiri kuliah fizikal.

Menurut Nur Yasmine Hanie, dia tidak mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian buat waktu ini kerana mahu membina kerjaya terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI