fbpx

Hanya empat kali raya lagi hadap sesak di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LIPIS – Hanya dalam empat kali perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja lagi pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan berhadapan kesesakan luar biasa sebelum ia diatasi menjelang 2027.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesesakan yang menjadi isu utama di laluan berkenaan akan dapat diatasi menerusi pelaksanaan projek naik taraf Lebuh Raya KLK serta projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjelang penghujung 2026.

“Akhir 2026 ECRL akan siap dan beroperasi pada 2027 kemudian naik taraf jalan KLK juga akan siap pada 2026.

“Sepertimana yang saya katakan, cuma empat perayaan lagi kita akan hadapi ini (kesesakan luar biasa) cuma harap penguna dapat bersabarlah,”katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Pahang Rail Tourism di Stesen Kereta api Lipis di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy kerajaan negeri memberi perhatian kepada keselesaan pengguna jalan raya yang melalui laluan yang menjadi pintu masuk utama ke negeri Pahang daripada Lembah Klang berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri juga merangka pelan jangka pendek dalam mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

Masalah kesesakan lalu lintas di Lebuh raya KLK sepanjang 60 kilometer bagaikan menjadi rutin kepada pengguna jalan raya khususnya setiap kali perayaan dan cuti sekolah.

Lebuh raya yang siap pada 1979 sebelum dinaiktaraf kepada Lebuh Raya Ekspress pada 1997 itu bersambung dengan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) yang dikendalikan Anih Berhad.

Laluan Lebuh raya yang melibatkan dua negeri iaitu Selangor dan Pahang itu bermula dari Gombak-Genting Highlands-Genting Sempah. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI