fbpx

Goodnite gabung teknologi tidur & tilam inovatif, tingkat kualiti kehidupan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Dekan (Pembangunan), Fakulti Kejuruteraan, UM, Prof. Madya Dr. Nasrul Anuar Abdul Razak (tiga dari kiri) bersama Teo (lima dari kiri) dan Dr. Pharaoh (dua dari kanan) pada majlis pelancaran produk Goodnite di Shah Alam.

PETALING JAYA – Dalam usaha berterusan untuk mencipta pengalaman kehidupan di rumah yang lebih sihat untuk rakyat Malaysia, Goodnite melancarkan produk inovatif terbaharu, iaitu tilam Love Series IV.

Ia direka bentuk untuk menawarkan keselesaan yang boleh disesuaikan dalam satu tilam, bagi mempertingkatkan kualiti tidur.

Menerusi teknologi DUOCARE™, reka bentuk baharu ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ Goodnite membolehkan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam, memberikan setiap penggunanya keselesaan sempurna mengikut keperluan peribadi masing-masing.

Pengarah Urusan Goodnite Group, Teo Yek Ming berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) untuk menjalankan uji kaji dan analisis yang meluas tentang keutamaan dan keperluan pelanggan.

Berdasarkan pelbagai kumpulan umur, ketinggian, dan berat badan, analisis itu cuba menentukan keempukan tilam yang ideal, membantu pengguna memilih tilam yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

“Bagi Goodnite, hasil kerjasama ini membolehkan kami memberikan nasihat profesional dalam membantu pelanggan memilih tilam yang sesuai.

“Namun, sebagai jenama tilam terkemuka di Malaysia, kami telah menggunakan data yang dikumpul sebagai asas untuk inovasi lebih lanjut, membawa kepada penciptaan Love Series IV – produk yang sangat kami banggakan,” ujarnya.

Kualiti Tidur yang Ditingkatkan

Ciri utama tilam Love Series IV baharu adalah keempukan boleh laras di setiap sisi, membolehkan pelanggan membuat pilihan daripada tiga tahap, iaitu Keselesaan, Hibrid, dan Sokongan.

Ciri keempukan dua tahap memberi manfaat besar kepada pasangan, membantu mengelakkan berlakunya sebarang konflik mengenai pilihan tilam sesuai, dan dalam masa sama, mengelakkan situasi di mana salah seorang terpaksa beralah.

“Kini, pengguna boleh mengunjungi mana-mana cawangan Goodnite di seluruh negara, di mana sistem kecerdasan buatan (AI) akan menganalisis ketinggian, berat badan, dan umur mereka untuk mencadangkan tahap keselesaan tilam yang paling sesuai,” tambah Teo.

Teo menunjukkan tilam Love Series IV baharu dengan rekaan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’.

Tilam Love Series IV serba baharu turut dilengkapi teknologi DUOCARE™, termasuk teknologi anti-statik STATFREE® yang menstabilkan elektrik statik pada badan dan meningkatkan kualiti tidur.

Selain itu, teknologi penyejukan IceSleep® memberikan pengalaman tidur yang lebih dingin secara mendalam.

Teo turut menekankan bahawa walaupun kesedaran pengguna mengenai kaedah memilih tilam yang betul semakin meningkat, masih ramai yang mengabaikan kepentingan pembersihan dan penyelenggaraan tilam secara berkala.

Lama-kelamaan jelasnya, tilam akan mengumpul habuk dan kotoran, yang boleh menyebabkan alahan, masalah pernafasan, serta masalah kulit.

Sebagai jenama yang komited untuk meningkatkan kualiti tidur, Goodnite turut mengutamakan kebersihan tilam.

“Seiring dengan pelancaran Love Series IV yang baharu, kami menawarkan 10 sesi pembersihan tilam terjadual percuma dengan setiap pembelian tilam. Ini memastikan bahawa semua orang dapat menikmati tidur yang bersih dan selesa,” kata Teo.

Penyelesaian menyeluruh

Selain itu, Teo turut menyatakan bahawa dalam kehidupan yang sibuk hari ini, tidur yang lebih berkualiti adalah lebih penting dari sebelumnya.

Menurut laporan, dianggarkan sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah tidur. Untuk membantu mengatasi perkara ini, Goodnite telah memperkenalkan NiteWave, sebuah teknologi terapi bunyi tidur baharu.

Setelah menganalisis laporan tidur yang terperinci daripada rakaman suara selama tiga minit, pakar akan menggunakan teknologi AI NiteWave untuk mencipta terapi bunyi tidur peribadi dengan frekuensi khusus yang disesuaikan untuk individu, membantu mereka mencapai tidur yang lebih baik dan meningkatkan kualiti tidur.

Terapi bunyi tidur NiteWave bukan sahaja meredakan minda dan badan, tetapi juga menggunakan gelombang bunyi yang diselaraskan secara saintifik untuk mempromosikan tidur yang menyegarkan, memastikan badan pulih dan bertenaga semula.

Pada masa sama, Goodnite turut bekerjasama dengan Dr. Pharaoh Low Wai Koon, pencipta Ionic Nano Copper Zinc Airborne Technology, untuk melancarkan humidifier siri 1mmuneAir.

Alat ini membantu mengurangkan bakteria dan formaldehid di udara, menghapuskan patogen, meningkatkan imuniti, mempertingkatkan pertahanan semula jadi badan, dan mengurangkan simptom alahan hidung, memastikan persekitaran hidup yang lebih sihat untuk pelanggan.

Humidifier 1mmuneAir terbaharu dari Goodnite tersedia dalam dua model: 1mmuneAir Lite (5.6L) yang sesuai untuk bilik tidur, dan 1mmuneAir Plus (8L), sesuai untuk ruang tamu atau pejabat.

Tambah Teo, Goodnite akan terus bekerjasama dengan pakar untuk membangunkan produk inovatif, mengukuhkan misinya untuk mencipta pengalaman kehidupan rumah yang lebih sihat dan lebih baik untuk rakyat Malaysia.

“Dari tilam dan kualiti tidur hingga ke persekitaran keseluruhan dan udara, Goodnite komited untuk meningkatkan pengalaman hidup di rumah pelanggan.

“Walaupun sesetengah orang masih menganggap Goodnite sebagai pengeluar tilam semata-mata, kami telah memperluaskan tawaran kami. Hari ini, kami telah berkembang menjadi peruncit perabot sehenti, dengan misi untuk menjadi destinasi utama Malaysia untuk semua produk rumah,” ujarnya.

Pakej Love Series IV, yang termasuk 10 sesi pembersihan tilam dan terapi bunyi tidur peribadi NiteWave (selama 3 bulan) ditawarkan pada bayaran bulanan RM139* untuk tilam saiz Queen.

Pelanggan turut ditwarkan pilihan tambahan rangka katil dengan bayaran bulanan RM30* dan Humidifier 1mmuneAir Lite dengan Nano Copper Zinc dengan bayaran bulanan RM79*, memberikan Pakej Tidur dan Kesihatan Goodnite lengkap, kini hanya RM248* sebulan!

Maklumat lanjut boleh dida[ati di mana-mana cawangan Goodnite di seluruh negara atau layari laman web rasmi.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI