fbpx

EPL: Arsenal terus ‘dihantui’ nasib malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE antara pemain Arsenal dikatakan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. - AFP

LONDON – Pemain-pemain utama Arsenal dilaporkan masih bergelut dengan kecergasan menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di Stadium Emirates malam esok.

Meskipun kapten, Martin Odegaard sudah kembali beraksi ketika membantu Arsenal mencatat keputusan seri 1-1 menentang Chelsea pada 11 November lalu, namun The Gunners dikatakan berdepan masalah lain pula.

Dua pemain tonggak, Declan Rice dan Bukayo Saka dikatakan belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan sehingga menyebabkan mereka tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan England untuk tugasan antarabangsa.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui sedang berdepan masalah untuk membariskan kesebelasan utama terbaik ketika bertemu Forest memandangkan ramai pemainnya bergelut dengan masalah kecederaan.

“Kami masih kehilangan beberapa pemain dan antaranya adalah pemain utama kerana mereka belum berada kondisi terbaik. Secara jujur, saya tidak pernah memiliki satu skuad yang cergas sepenuhnya.

“Saya berdepan satu demi satu masalah kecederaan dan ia menyebabkan pasukan sukar mencapai potensi sebenar. Saya cuma mengharapkan ada satu ketika di mana tidak ada masalah kecederaan dalam pasukan,” katanya.

Arsenal berada dalam keadaan tertekan menjelang aksi menentang Forest memandangkan mereka bakal dipintas skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu sekiranya tewas kerana hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan gol.

Sebagai rekod, Arsenal gagal mencatat kemenangan daripada empat aksi terakhir EPL apabila tewas dua kali, 0-1 Bournemouth dan 0-1 Newcastle United selain seri dua perlawanan, 2-2 Liverpool serta 1-1 Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI