fbpx

Cuaca cerah di Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik dan cerah di seluruh Semenanjung tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan ramalan yang sama turut dijangka akan berlaku di semua kawasan di Labuan.

“Sekitar Lembah Klang juga dijangkakan tidak mengalami sebarang hujan lebat dan angin kencang tengah hari ini.” katanya.

Walaubagaimanapun, cuaca buruk akan melanda Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) di Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Tambahnya, amaran sama turut diberikan di kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) di Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI