fbpx

Bakar mercun di Dewan Arena Square, dua beradik didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESAN (tengah) mengaku tidak bersalah atau di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan menggunakan bunga api menyebabkan kerosakan kepada bangunan.

TELUK INTAN – Dua beradik lelaki dihadapkan ke dua mahkamah berasingan di sini pada Jumaat atas pertuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan pada minggu lalu.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh Jesan John Mikela, 19, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffudin.

Berdasarkan pertuduhan, remaja lelaki terbabit didakwa menggunakan bunga api dengan mengetahui mungkin dengan jalan itu menyebabkan kerosakan kepada bangunan Dewan Arena Square kepunyaan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang digunakan sebagai tempat kegunaan awam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Dewan Arena Square Jalan Raja Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak antara jam lebih kurang 11.29 malam pada 11 November 2024.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri ke balai polis sebulan sekali.

Dalam pada itu, di Mahkamah Majistret, abang Jesan, Steven, 24, membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan mempunyai bahan letupan jenis happy boom assorted 138 shot dan happy boom red cracker 88 di lokasi sama jam lebih kurang 8.30 malam pada 11 November 2024.

Majistret Naidatul Athirah Azman membenarkan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori dikenakan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Aina Liyana Mohd Talal dan Inspektor Nurul Farahdiana Md Saad manakala tertuduh diwakili Peguam Faustina Francis.

Mahkamah turut menetapkan 20 Disember depan sebagai tarikh sebutan kedua-dua kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI