fbpx

Anwar kena ‘serbu’ ketika makan nasi kandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Anwar menerusi InstaStorynya hari ini.

PETALING JAYA – Sekumpulan murid sekolah berpeluang bergambar serta beramah mesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pemimpin negara itu sedang makan tengah hari di Nasi Kandar Melayu, Medan Selera Presint 9, Putrajaya hari ini.

Momen tersebut turut dikongsikan Anwar menerusi video di InstaStory beliau sebentar tadi.

Murid-murid sekolah tersebut kelihatan teruja apabila berada dekat dengan Anwar sambil tersenyum kegembiraan.

Sementara itu, orang ramai yang berada di sekitar medan selera tersebut juga mengambil peluang untuk bergambar dan berswafoto bersama Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI