fbpx

6,613 penjawat awam N. Sembilan dapat bonus dua bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan itu akan diberikan kepada 6,613 penjawat awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“BKK akan dibayar pada Januari dan sebelum Aidilfitri pada Mac 2025 bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Aminuddin turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan penjawat awam di Negeri Sembilan yang mana tadbir urus dan tatakelola perkhidmatan awam berada pada tahap tertinggi  dan sering dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI