fbpx

1,450 karton rokok, 50 kotak bir dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok dan minuman keras yang dirampas dari sebuah premis di bandar Miri.

KUCHING – Sebanyak 1,450 karton rokok pelbagai jenama dan 50 kotak minuman keras yang dipercayai diseludup dirampas dari sebuah premis di sini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata rampasan dilakukan dalam serbuan yang dijalankan oleh Batalion 12, Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri kira-kira pukul 11 pagi semalam.

“Dalam serbuan ke atas sebuah premis di kawasan bandar Miri itu, pasukan polis berjaya merampas pelbagai jenama rokok dan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM 765,840,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, pasukan serbuan turut menangkap seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang berada di premis tersebut.

Katanya permohonan reman suspek telah dikemukakan di hadapan Mahkamah Majistret Miri dan diluluskan selama hari untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI