fbpx

[VIDEO] Pemandu tular langgar lari ada 24 waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian langgar lari di Lebuh Turi.

KLANG – Tindakan seorang lelaki melanggar penunggang motosikal sebelum melarikan diri dalam nahas di susur persimpangan Lebuh Turi di sini memakan diri apabila dia diberkas tidak sampai 24 jam selepas kejadian itu semalam.

Suspek berusia 47 tahun itu dicekup pada pukul 12 tengah hari di sekitar daerah ini selepas aksi berbahaya tersebut berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan.

Kejadian itu kemudian tular menerusi video berdurasi 30 saat di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian langgar lari berlaku kira-kira pukul 1.45 tengah hari kelmarin ketika suspek yang memandu kereta Toyota Camry menghala ke Persiaran Raja Muda Musa.

Katanya, kereta dipandu suspek menghimpit dan merempuh motosikal ditunggang seorang wanita sebelum beredar.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan patah kaki kiri selain luka di badan. Wanita itu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum membuat laporan polis.

“Polis berjaya menahan pemandu dan merampas kereta digunakan bertindas atas rakaman CCTV  di beberapa premis perniagaan di sepanjang laluan suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semakan mendapati suspek bekerja sebagai pemandu lori mempunyai 10 rekod jenayah dan memiliki 24 waran tangkap atas kesalahan trafik. 15 daripada waran tersebut di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek juga akan disiasat sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI