fbpx

[VIDEO] ‘Konvo ke konsert?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Konvokesyen Ke-21 UniKL di WTC Kuala Lumpur baru-baru ini meriah dengan persembahan beberapa penyanyi popular negara.

PETALING JAYA – Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini memberi pengalaman luar biasa kepada para pelajar dan tetamu yang hadir apabila ia dimeriahkan dengan persembahan beberapa penyanyi popular negara.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai berkongsi suasana ‘havoc’ di dalam dewan dan menggambarkannya seperti sedang menonton konsert.

Selain daripada itu, permainan lampu dan tayangan pada skrin pentas yang mengiringi persembahan para artis seperti Aina Abdul, Aishah Retno dan Ezad Lazim turut memeriahkan lagi suasana majlis konvokesyen tersebut sehingga menerima sorakan hebat daripada pelajar serta tetamu.

“Memang konfius, ini majlis konvo (konvokesyen) atau konsert, memang ‘havoc’ habis. UniKL tak pernah mengecewakan,” kata Hairani.

“‘Rare’ gila, orang yang beli tiket konsert pun belum tentu dapat berada dekat dengan Aina Abdul, ‘jelesnya’. Kena sambung belajar dekat UniKL la macam ini,” ujar Rose.

“Seronoknya susasana konvo sekarang. Tapi UniKL memang hebat soal hiburkan pelajar dan tetamu setiap kali majlis konvokesyen. Sentiasa fenomena,” puji Shafiq. – KOSMO! ONLINE

@mi_ss55 Aina Abdul punya tarik, mcm teh tarik mamak.. paduu teruksss💯❤️🎓👩🏻‍🎓 #convounikl2024 #fypシ゚viral #fypシ゚ #ainaabdul ♬ original sound – Miss

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI