fbpx

Ukraine bedil Russia guna Storm Shadow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Storm Shadow dibekalkan oleh UK kepada Ukraine. - Getty Images

KYIV  – Ukraine melancarkan peluru berpandu Storm Shadow yang dibekalkan oleh United Kingdom (UK) ke arah sasaran di  Russia buat kali pertama, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Negara dilanda perang itu sebelum ini dihadkan untuk menggunakan peluru berpandu jarak jauh dalam sempadan sendiri.

London enggan mengulas mengenai laporan itu atas sebab operasi tetapi beberapa pegawai mengesahkan bahawa Setiausaha Pertahanan UK, John Healey bercakap dengan rakan sejawatnya dari Ukraine malam kelmarin.

Menteri-menteri UK berkemungkinan lebih berhati-hati untuk memberi maklum balas kepada laporan tersebut kerana bimbang reaksi Russia, serta untuk memastikan langkah itu tidak dilihat sebagai diterajui oleh UK.

Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov juga enggan mengesahkan bahawa negaranya telah menggunakan peluru berpandu Storm Shadow ke atas wilayah Rusia.

Namun, beliau berkata: “Kami menggunakan semua cara untuk mempertahankan negara kami.”

Storm Shadow dianggap sebagai senjata ideal untuk menembusi kubu yang sukar dan penstoran peluru, seperti yang digunakan oleh Russia dalam perang menentang Ukraine.

Amerika Syarikat (AS) dan UK sebelum ini tidak memberi kebenaran untuk Ukraine menggunakan peluru berpandu jarak jauh dengan alasan tidak mahu meningkatkan perang.

Namun pada hujung minggu lalu, Presiden Joe Biden memberi lampu hijau kepada Ukraine untuk menggunakan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) yang dibekalkan oleh AS untuk menyerang Russia. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI