fbpx

Terengganu agresif cari hasil baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu agresif meningkatkan hasil baharu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap royalti minyak.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perancangan dan strategi mencari hasil baharu itu diusahakan Jawatankuasa Meningkatkan Hasil dan Perbelanjaan Hemat Negeri yang dipengerusikan Pegawai Kewangan Negeri.

Beliau memberitahu hasil baharu terpaksa ditingkatkan memandangkan kerajaan negeri Terengganu kini tiada autoriti ke atas hampir 60 peratus hasil royalti minyak sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.

“Usaha bagi tempoh jangka masa pendek dan sederhana ini telah saya jelaskan dalam pembentangan Belanjawan 2025 Terengganu (pada Isnin lalu).

“Bagi tempoh jangka masa panjang pula, kerajaan negeri akan memperoleh hasil daripada pemajuan perindustrian menerusi pembaharuan prosedur dan proses kelulusan projek lebih efisien serta insentif lebih kompetitif,” katanya pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI