fbpx

Tentera Denmark awasi kapal kargo China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yi Peng 3 (kanan) berlabuh dan dipantau oleh kapal peronda tentera laut Denmark (kiri) di laut Kattegat, berhampiran Grenaa semalam. - AFP

COPENHAGEN –  Tentera Denmark menyatakan semalam bahawa pihaknya mengawasi sebuah  kapal China yang berada di perairan negara itu, beberapa hari selepas dua kabel telekomunikasi data gentian optik di Laut Baltik putus, dipercayai akibat sabotaj, lapor akhbar Arab News.

Kapal pengangkut pukal China, Yi Peng 3 berlabuh di selat Kattegat di antara Denmark dan Sweden kelmarin, manakala kapal tentera laut Denmark berlabuh di lokasi berdekatan, demikian menurut data pengesanan kapal, MarineTraffic.

“Pertahanan Denmark boleh mengesahkan bahawa kami berada di kawasan berhampiran kapal China, Yi Peng 3,” kata tentera Denmark dalam satu catatan di platform X sambil menambah, pihaknya enggan mengulas lanjut.

Tentera Denmark bagaimanapun tidak menyebut tentang isu pelanggaran kabel atau mengatakan mengapa kapal perangnya berada berdekatan kapal China itu.

Yi Peng 3 meninggalkan pelabuhan Russia, Ust-Luga pada 15 November lalu dan berada di kawasan di mana kerosakan kabel berlaku, demikian menurut data trafik.

Kabel internet menghubungan  Sweden dan Lithuania itu dipotong pada Ahad lalu, manakala satu lagi kabel yang terletak di antara Finland dan Jerman, terputus dalam masa kurang 24 jam pada keesokan harinya.

Pendakwa raya Sweden memulakan siasatan awal kelmarin kerana mengesyaki perbuatan sabotaj. 

Negara-negara Eropah sebelum itu menuduh Russia meningkatkan serangan hibrid ke atas sekutu Barat tetapi tidak menuduh secara langsung Moscow memusnahkan kabel tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI