PETALING JAYA – Sapura Energy melalui anak syarikatnya, Sapura Fabrication Sdn. Bhd. (Sapura Fabrication) telah dianugerahkan kontrak untuk penyelenggaraan, pembinaan, pengubahsuaian, penyambungan dan pentauliahan perkhidmatan bagi pakej C2 (aset Sarawak) oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali)
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sapura Energy di sini semalam, kontrak tersebut telah dianugerahkan pada suku ketiga tahun ini untuk tempoh lima tahun berasaskan kepada panggilan dan keluar dan juga kadar yang dipersetujui.
“Skop kerja tersebut meliputi tenaga kerja, alat dan peralatan, material dan juga bahan habis pakai serta perkhidmatan lain yang berkaitan untuk semua kerja yang berkaitan dengan kerja penyambungan dan pentauliahan Brownfield dan Greenfield.
“Ia juga termasuk perkhidmatan pengurusan projek, penyeliaan dan kakitangan pembinaan, pra fabrikasi darat dan pemasangan, pengurusan kejuruteraan, perolehan, fabrikasi seberang laut dan juga pentauliahan serta peruntukan untuk perkhidmatan kepada pihak ketiga,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE