fbpx

Reka cerita duit RM200,000 disamun, tiga ‘pak guard’ dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Basri (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian wang tunai yang berjaya dirampas berkaitan kes pecah amanah pada sidang akhbar di IPD Kota Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Hasrat tiga pengawal keselamatan untuk berjoli dengan wang majikan berjumlah RM200,000 selepas mereka cerita kononnya hilang dilarikan penyamun kelmarin tidak kesampaian apabila mereka ditahan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berusia 28 hingga 38 tahun sebelum itu membuat laporan bahawa guni berisi wang tersebut dilarikan penyamun pada pukul 10.45 pagi.

“Polis pada mulanya menerima laporan kejadian samun yang dibuat di Balai Polis Kota Setar daripada pengawal keselamatan melibatkan van syarikat tersebut. Keterangan yang diberikan oleh suspek selama hampir dua jam agak meragukan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian samun itu tidak berlaku. Dalam tempoh hampir tiga jam selepas siasatan dijalankan ke atas ketiga-tiga suspek, kita berjaya menemukan semula wang RM200,000 di beberapa lokasi di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini hari ini.

Menurut beliau, polis menjalankan siasatan lanjut ke atas ketiga-tiga suspek termasuk dua daripada mereka yang didapati positif methamphetamine.

“Mereka sudah lama bekerja dengan syarikat tersebut antara 10 dan 14 tahun dan tiada rekod jenayah. Kita masih menyiasat motif mereka berbuat demikian. Susulan itu, pihak syarikat keselamatan turut membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI