fbpx

Penganggur mengaku salah rompak 5 warga asing guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak wang tunai berjumlah RM690 milik lima lelaki warganegara India dan sebuah telefon pintar dengan bersenjatakan parang pada Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Suhaili Zul,28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dituduh merompak wang tunai berjumlah RM690 milik lima lelaki warganegara India dan sebuah telefon pintar dengan bersenjatakan parang.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Laloh, Kuala Krai kira-kira pukul 3.15 pagi pada 20 Mac lalu.

Muhammad Suhaili didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Disember depan untuk sebutan fakta kes dan jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI