fbpx

Penerjun negara tak cepat mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE LIANG

INSIDEN terkena papan anjal pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2024 awal bulan ini langsung tidak mematahkan semangat penerjun berpengalaman negara, Ooi Tze Liang untuk terus beraksi.

Sebaliknya, ia membuatkan atlet berusia 31 tahun itu lebih bersemangat dan berkobar-kobar untuk menebus kekecewaan selepas kempunan untuk meraih kejuaraan di laman sendiri akibat insiden berkenaan.

Pengarah teknikal skuad terjun kebangsaan, Bryan Nickson Lomas berkata, Tze Liang sudah menyatakan hasratnya untuk terus beraksi dengan sasaran utama memenangi kejohanan yang berlangsung di Malaysia.

“Memang kepalanya kena jahitan dan dia pun sudah berada dalam keadaan baik, cuma masih perlu buat rawatan susulan. Nasib baik tidak ada sebarang keretakan tulang, sekarang dalam proses pemulihan.

“Dia memang ada beritahu nak lompat lagi dan kalau boleh, beraksi di kejohanan tempatan kerana mahu tebus semula. Memang perancangannya untuk beraksi di Malaysia dan habiskan dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, sewaktu aksi final 3 meter papan anjal individu lelaki yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada 2 November lalu, Tze Liang berdepan detik cemas apabila kepalanya terkena papan ketika melakukan terjunan kedua.

Insiden tersebut menyebabkan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu tidak dapat menamatkan aksi final berkenaan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Tze Liang akan berehat dan selepas itu banyak benda (urusan) lagi dari segi psikologi dan mental. Nampak macam okey tetapi bila berada di atas papan, kita tidak tahu macam mana,” ujar Bryan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI