fbpx

Pemuda dijel 2 bulan ceroboh, rosakkan harta Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD QAMARULAZIM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Perbuatan seorang pembantu pengembala lembu dan kambing menceroboh kawasan kediaman dan merosakkan harta benda Sultan Johor pada September lalu berbalas apabila dia dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hukuman itu diputuskan Majistret Suhaila Shafi’uddin selepas tertuduh, Muhammad Qamarulazim Samad, 20, mengaku salah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Pemudai itu didakwa memasuki kediaman milik Sultan Johor yang digunakan sebagai tempat simpan harta dan merosakkan kunci pintu rumah tempat datang-datang, Jabatan Kerja Raya (JKR) 100, Jalan Kluang di sini pada pukul 9.30 pagi, 23 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang rmaai agar tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Tertuduh yang diwakili peguam Siti Farha Garieb daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagaimanapun merayu tempoh reman bermula 24 September lalu sebagai hukuman kerana ia merupakan kesalahan pertama selain masih muda.

Suhaila kemudiannya menjatuhkan hukuman dua bulan penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap dan berharap pemuda itu menjadi anak bangsa yang baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI