fbpx

Kemalangan Putrajaya: Sempat hubungi ibu sebelum terlibat nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang dinaiki keempat mangsa.

KUALA SELANGOR – Mangsa kemalangan, Muhammad Danial Mohd. Nuzi, 24, sempat menghubungi ibunya sebelum maut dalam nahas bersama tiga mangsa lain berhampiran sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, awal pagi tadi.

Mohd. Sufri, 35, berkata, arwah adiknya menghubungi ibu mereka, Wan Nor Fiza Muhammad Kamarudin, 56, untuk bertanyakan khabar pada pukul 8 malam tadi.

“Arwah adik juga sempat mengirimkan wang belanja kepada ibu sebelum ini dan kami sekeluarga memang tidak menyangka Danial pergi buat selama-lamanya.

“Ibu terlalu sebak seolah-olah tidak percaya dengan kehilangan adik,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Pancaran, Bestari Jaya di sini, hari ini.

Menurut lelaki itu, arwah Muhamad Danial yang merupakan anak kelapan daripada 10 beradik menetap di Ijok, manakala ibu mereka tinggal di Pontian, Johor. Kali terakhir mereka bertemu ketika berkumpul di rumah bapa mereka di Bestari Jaya, Sabtu lalu.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI