fbpx

MotoGP: Marquez mahu cabar gelaran dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ menjalani latihan pertama bersama pasukan baharu selepas meninggalkan Gresini Racing pada sesi ujian bebas di Barcelona awal pagi semalam. - DIARIO SPORT

BARCELONA – Bekas juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez mengakui teruja apabila menunggang jentera GP25 pasukan utama Ducati buat kali pertama pada sesi ujian bebas di Litar Antarabangsa Barcelona awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Marquez telah berhijrah ke Ducati Lenovo Team selepas mewakili pasukan satelit, Gresini Racing sepanjang musim 2024 bagi menggantikan posisi ditinggalkan oleh Enea Bastianini.

Marquez yang mencatat masa keempat terpantas pada sesi ujian tersebut, percaya masih banyak ruang boleh diperbaiki dalam usaha mencabar kembali kejuaraan dunia pada saingan MotoGP musim depan.

“Saya telah mencuba jentera GP25 sepanjang sesi ujian kali ini dan sentiasa bekerja keras dengan jurutera serta mekanik pasukan. Secara jujur, mewakili pasukan utama lebih sukar berbanding pasukan satelit seperti sebelum ini.

“Saya mempunyai karakter dan cita rasa berbeza dan pastinya rakan sepasukan, Pecco (Francisco Bagnaia) juga sama. Namun, kali ini kami senada bahawa jentera pasukan masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Sementara itu, Pecco mengambil pendekatan positif selain menganggap berlumba tanpa gelaran juara dunia lebih mudah kerana hanya perlu fokus di atas litar dan tiada tekanan daripada pihak luar.

“Saya gembira kerana selepas dua tahun, saya kembali berlumba tanpa status juara dunia. Kini, saya boleh fokus kepada jentera dan harap kami dapat bangkit lebih kompetitif musim depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI