fbpx

Malaysia tangga ke-32 negara tercantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bot-bot pelancong di Teluk Ha Long, Vietnam. - Foto AFP

HANOI – Malaysia berada di tangga ke-32 negara tercantik dunia dalam ranking terkini majalah U.S. News & World Report, naik enam anak tangga daripada 2023 untuk mengatasi Singapura, Filipina dan Vietnam, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Namun, Malaysia masih berada di belakang Thailand yang menduduki tangga ke-6 serta Indonesia (27).

Kedudukan itu berdasarkan tinjauan global melibatkan lebih 17,000 responden yang menilai sesebuah negara berdasarkan kriteria seperti keindahan pemandangan, kemesraan penduduk tempatan, peluang pengembaraan dan pengalaman masakan.

Vietnam yang terkenal kerana memiliki tapak warisan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta rizab biosfera, menduduki tempat ke-36, menokok lapan kedudukan berbanding tahun lepas.

Greece pula dinobatkan sebagai negara tercantik dunia, diikuti New Zealand dan Itali.

Malaysia yang diraikan kerana kepelbagaian budaya yang meriah, menarik kunjungan hampir 29 juta pelancong antarabangsa tahun lepas, menjadikannya destinasi paling banyak dilawati di rantau  Asia Tenggara.

Pada Jun lalu, Malaysia  juga dinamakan sebagai negara paling disayangi di Asia dalam tinjauan yang dijalankan oleh laman web kewangan, Amerika Insider Monkey. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI