fbpx

Lelaki Kemboja dapat upah RM1,000 seludup 20 PATI Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPV Toyota Innova yang digunakan untuk menyeludup 20 PATI warga Myanmar dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam pada semalam.

JITRA – Dua lelaki Kemboja ditahan selepas disyaki cuba menyeludup 20 individu warga Myanmar menggunakan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di tepi Jalan Hosba, Changlun dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pihaknya mengesan dua unit MPV jenis Toyota Innova yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di jalan belakang Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok kira-kira pukul 5.10 pagi.

Katanya, anggotanya bertindak mengekori dua kenderaan tersebut sebelum menahan mereka di tepi Jalan Hosba.

“Pemeriksaan di dalam MPV putih mendapati terdapat seorang lelaki warga Kemboja memandu kenderaan itu bersama sembilan individu lain terdiri daripada empat lelaki dan lima perempuan.

“Pemeriksaan ke atas MPV berwarna emas pula mendapati kenderaan tersebut turut dipandu oleh lelaki Kemboja yang membawa 11 individu lain terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pemandu MPV itu memiliki pasport Kemboja dan dipercayai menjadi tekong bagi menyeludup masuk kesemua warga Myanmar berkenaan.

“Bagi penumpang kedua-dua kenderaan itu pula, setiap mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah. Kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI