fbpx

[KEMASKINI] Polis sahkan 4 mangsa maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan kerja-kerja bagi mengeluarkan mangsa kemalangan berhampiran IOI Conezion Putrajaya awal pagi tadi. - Foto JBPM Selangor

SEPANG – Polis mengesahkan kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Viva berhampiran IOI Conezion Putrajaya dekat sini awal pagi tadi meragut empat nyawa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati nahas pada pukul 1 pagi berhampiran IOI Conezion itu melibatkan kereta Perodua Viva yang dipandu dari arah Kajang menghala ke Putrajaya.

“Setibanya di lokasi, kereta dinaiki empat mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan antara susur masuk menghala ke IOI Conezion dan laluan menghala ke Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norhizam berkata, akibat kemalangan itu, pemandu dan tiga penumpang kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI