RAMAI yang sebak apabila mendengar pengakuan pelawak Achey yang mendedahkan isterinya, Anne menyerahkan semua duit gaji ketika bekerja sebagai ‘cleaner’ atau tukang cuci demi membantu keluarga.
Biarpun perkara tersebut sudah lebih sedekad berlalu iaitu sewaktu dia mencuba nasib dalam sebuah program realiti, pengorbanan suri hatinya tetap dikenang sampai sekarang.
Menurut Achey, wanita yang berada di sisinya pada masa sukar itu sememangnya layak dihargai dengan menjaganya sepenuh hati. Acvhet juga seorang suami yang hebat berjaya mendidik si isteri menjadi begitu sarat cinta terhadap rumah tangga.
Disebabkan itu, katanya dia pantang kalau Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya menjadi sasaran kecaman.
Sebagai suami yang melihat sendiri kegetiran dan pengorbanan dilalui Anne demi keluarga mereka, dia perlu mempertahankan surinya itu.
Sejuk hati tengok pasangan serasi ini yang semakin bahagia dengan kehadiran anak angkat bernama Tiara.
Mizz Lahar: Ada seorang selebriti lelaki, kalau marahkan isteri sampai habis nama binatang disebutnya.