PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka bakal melanda Kuala Lumpur dan Selangor petang ini sehingga malam nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di media sosial berkata, jangkaan tersebut turut berlaku di beberapa negeri lain termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.
“Negeri lain yang dijangka mengalami cuaca sama adalah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor , Sarawak: Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) , Sabah: Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Ranau) serta Wilayah Persekutuan.
“Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti,” jelas kenyataan tersebut sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.