fbpx

Hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Kelantan hingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sehingga Sabtu, 23 November ini.

Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu, manakala di Pahang, kawasan yang dijangka terkesan termasuk Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, amaran serupa turut dikeluarkan untuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, melibatkan kawasan Gua Musang, serta di Pahang untuk kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

Di Johor juga menerima amaran serupa di Mersing dan Kota Tinggi sehingga 23 November ini.

Amaran waspada juga dijangka melibatkan beberapa kawasan di Sabah seperti Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat bermula 23 sehingga 25 November ini.

Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan atau ribut petir yang dijangka berlaku lebih enam jam dalam tempoh tertentu di sesuatu kawasan. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI