fbpx

Hospital Seri Iskandar dijangka beroperasi 11 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (tengah) dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua dari kanan) melawat salah satu wad di HSI di Seri Iskandar hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

PARIT – Lebih 50,000 penduduk Seri Iskandar dan kawasan sekitarnya kini tidak perlu lagi bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan kesihatan apabila Hospital Seri Iskandar (HSI) beroperasi sepenuhnya awal bulan depan.

Hospital bernilai RM153.18 juta itu yang mula dibina pada 2021 di atas kawasan seluas 26.8 hektar di Seri Iskandar, dekat sini, dijangka mula beroperasi pada 11 Disember depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, seramai 516 kakitangan akan bertugas di hospital tiga tingkat berkapasiti 76 katil itu, termasuk 22 pegawai perubatan, 97 penolong pegawai perubatan dan 137 jururawat.

“Pembinaan hospital ini bermula 2021 dan mampu disiapkan mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan selama tiga tahun tanpa ada sebarang lanjutan masa.

“Kejayaan ini sewajarnya menjadi penanda aras kepada projek-projek fasiliti kesihatan yang lain,” katanya pada majlis penyerahan projek HSI dan blok baharu Hospital Seri Manjung (HSM) oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di HSI hari ini.

Sebelum ini, penduduk di Seri Iskandar mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang (HCM) sejauh 17 kilometer (km) dan bagi rawatan kronik perlu ke HSM atau Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh sejauh lebih 30km.

Menurut Dzulkefly, antara perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran disediakan di HSI termasuk perubatan kecemasan, perubatan am, pembedahan am, pediatrik, psikiatri, ortopedik, obstetrik dan ginekologi dan radiologi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI