fbpx

Hilux dikejar 180km dari Muar rupanya bawa kabel curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Polis menahan enam lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes sebuah pacuan empat roda yang melarikan diri sejauh 180 kilometer dari Muar ke Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, semua suspek yang berusia 25 hingga 35 tahun ditahan di kawasan Damansara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Katanya, susulan tangkapan itu, polis turut menahan dua kenderaan pacuan empat roda termasuk Toyota Hilux yang meloloskan diri semasa dikejar polis.

Siasatan lanjut mengenai kes ini masih sedang dijalankan termasuk berapa individu yang berada dalam pacuan empat roda yang diburu polis ketika itu.

“Siasatan mendapati kedua-dua pacuan empat roda itu adalah kenderaan sewa. Pemeriksaan yang dijalankan turut menemukan beberapa peralatan mencuri kabel dalam dalam salah satu kenderaan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Penyerahan tugas tersebut dilakukan daripada Deputi Komisioner Afandi Senin kepada Senior Asisten Komisioner Nor Azizi Maarof.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 semalam, skuad unit peronda polis (MPV) mengesan Toyota Hilux melanggar lampu isyarat merah di Jalan Bakri, Muar dan meminta kenderaan tersebut untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Bagaimanapun, suspek tidak mengendahkan arahan itu lalu terus memecut kenderaannya dan melarikan diri sebelum pasukan peronda terbabit mengejarnya dibantu Polis Kontinjen Melaka serta Bukit Aman dan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI