fbpx

Felcra, Felda dan Kesedar hutang lebih RM23.4 juta premium tanah di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin ketika menjawab soalan pada Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua DUN Kelantan Ke-15 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Tiga agensi pembangunan tanah milik Kerajaan Persekutuan gagal menjelaskan tunggakan premium tanah berjumlah lebih RM23.4 juta di Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, jumlah berkenaan melibatkan tiga agensi iaitu Felcra dengan nilai RM14.7 juta, Felda (RM1.5 juta) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan atau Kesedar (RM7.13 juta).

Menurutnya, kerajaan negeri telah mengambil langkah sepatutnya seperti mengeluarkan notis 5A iaitu bayaran premium dan mengadakan rundingan dengan agensi-agensi terlibat dalam usaha menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kelulusan yang tidak disertai dengan bayaran kepada notis 5A, maka kelulusan ke atas tanah yang dimohon adalah luput,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Wan Rohimi Wan Daud (Pas-Melor) pada Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, bagi kawasan tanah yang tertakluk kepada Akta Tanah (Kawasan Petempatan Berkelompok) 1960 (Akta GSA), penamatan pemilikan bagi membolehkan kawasan tanah diberikan kepada pemohon yang lain perlu mematuhi kehendak akta tersebut.

Katanya, hanya Felda membangunkan tanah menggunakan Akta GSA di negeri ini, manakala Felcra dan Kesedar tidak menggunakan akta tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI