fbpx

EPL: Guardiola setuju kekal di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA dilapor sudah bersetuju untuk menandatangani lanjutan kontrak semusim lagi untuk kekal mengemudi City. - AFP

MANCHESTER – Pihak pengurus Manchester City mampu menarik nafas lega selepas pengurus pasukan itu, Pep Guardiola dilapor sudah bersetuju untuk menerima tawaran lanjutan kontrak selama setahun bersama pasukan itu.

Pengendali dari Sepanyol berusia 53 tahun berkenaan dianggap sebagai salah seorang jurulatih terbaik di dunia ketika ini sedang melalui tempoh 12 bulan terakhir kontraknya menyebabkan masa depannya diperkatakan sebelum ini.

Pemergian pengarah bola sepak, Txiki Begiristain memarakkan spekulasi pemergian Guardiola, namun laporan mengesahkan bahawa pengendali tersebut telah mencapai kata sepakat untuk kekal sehingga 2026 dengan menandatangani kontrak baharu dalam tempoh terdekat.

Selepas mengambil alih tugas dari Manuel Pellegrini pada 2016, Guardiola berjaya memacu kejayaan City dengan 16 gelaran setakat ini untuk tempoh lapan tahun di bawah kendalainnya.

Bagaimanapun, penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu berdepan tempoh sukar sebelum cuti rehat antarabangsa apabila tewas empat perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan setakat ini.

“Saya sedar bahawa musim ini akan menjadi sukar, kami menyedarinya sejak awal lagi. Namun, itulah yang kami perlu hadapi, saya sukakan cabaran dan pasukan ini akan cuba mengatasinya sebaik mungkin,” jelas Guardiola.

City ketika ini ketinggalan lima mata di belakang Liverpool selepas 11 perlawanan dan tidak mempunyai pilihan kecuali meraih kemenangan ke atas Tottenham Hotspur pada aksi minggu ini untuk merapatkan jurang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI