fbpx

Enam lagi sukan dapat perhatian KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan KBS Masters Games 2024, hari ini. FOTO: KBS

KUALA LUMPUR – Enam lagi jenis sukan disenaraikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menerima tambahan dana dalam program mencari dan membangunkan bakat baharu sebagai persiapan menuju ke temasya Sukan Olimpik.

Tambahan enam sukan yang dimaksudkan itu ialah skuasy, badminton, berbasikal, terjun, renang dan olahraga sekali gus melengkapkan 10 jenis sukan yang diberi perhatian untuk pembangunan bakat.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan bahawa empat jenis sukan iaitu angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak akan mendapat perhatian dengan tambahan RM1 juta untuk berada program membangunkan bakat tersebut.

Hannah yang hadir ketika merasmikan KBS Masters Games hari ini menegaskan, pentingnya untuk Malaysia meningkatkan usaha membangunkan sukan-sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik.

“Senarai ini tidak hanya melibatkan empat sukan sahaja, tetapi melibatkan sepuluh jenis sukan. Sukan-sukan ini dipilih tertumpu kepada pembangunan bakat.

“Ini kerana, kita fikir sukan ini adalah sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik. Penting untuk Malaysia mempunyai pelbagai usaha untuk membangunkan bakat dalam sukan ini.

“Itu cara kita pilih sukan itulah, sukan yang dipetandingkan di temasya Sukan Olimpik,” kata Hannah ketika ditemui pada Majlis Perasmian KBS Masters Games 2024 di MSN, Bukit Jalil hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai edisi pertama KBS Masters Games, Hannah menegaskan kejohanan tersebut sambutan menggalakkan dengan penyertaan 1,500 peserta berusia 40 tahun ke atas dalam 12 acara sukan.

Hannah berkata, temasya ini turut disertai oleh 17 bekas atlet kebangsaan termasuk legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, ⁠Roslinda Samsu, Mohd Manshahar Abd Jalil, ⁠Cindy Ong serta banyak lagi.

“Kami harap temasya ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai warga emas untuk terlibat dalam aktiviti sukan dan menjalani gaya hidup sihat. Kita juga berharap sukan ini dijadikan acara tahunan sekali gu mendapat sambutan lebih menggalakan pada tahun depan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN