fbpx

Di mana Siti Rohani?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Basri menunjukkan gambar Siti Rohani yang hilang sejak dua minggu lalu.

ALOR SETAR – Polis masih menyiasat keberadaan Siti Rohani Saad, 37, yang hilang selepas motosikalnya ditemukan di Sungai Titi Haji Idris, Langgar di sini, dua minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut untuk mencari petunjuk baharu termasuk mengambil keterangan daripada lapan individu.

“Sehubungan itu polis meminta mana-mana pihak yang mengenali wanita berkenaan agar menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan. Kita masih lagi menyiasat keberadaan orang hilang ini.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada lapan individu termasuk keluarga, majikan dan rakannya. Kes ini masih dikategorikan sebagai orang hilang (OH),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini hari ini.

Kata beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita tersebut di kawasan motosikalnya ditemukan sebelum ini dihentikan setelah tiga hari ekoran tiada petunjuk yang membawa kepada kejadian lemas di situ.

“Tiada mayat dijumpai, cuma kita jumpa motosikal milik mangsa sahaja di kawasan sungai itu,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya juga menolak kehilangan wanita terbabit dikaitkan dengan kes culik memandangkan tiada tuntutan wang tebusan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI