fbpx

Dewan Rakyat: Kenyataan dalam wawancara CNN diambil luar konteks – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenyataan beliau ketika wawancara dengan rangkaian berita CNN berhubung pendirian Malaysia terhadap Israel tidak sepatutnya diambil luar daripada konteks dan dinilai secara tidak adil.

Beliau turut menegaskan semula prinsip dasar luar negara yang telah lama wujud dan pendirian tidak berubah negara untuk tidak mengiktiraf Israel.

“Sejak zaman Tunku Abdul Rahman, kita tidak mengiktiraf Israel sehingga sekarang. Pengiktirafan de facto hanya mengakui kewujudan sesebuah negara, tetapi kita tidak menghalalkannya.

“Di Riyadh, Lima, dan Rio de Janeiro, suara Malaysia adalah yang paling keras dalam mengutuk tindakan Israel,” katanya ketika di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pengkritik tidak sepatutnya mengabaikan konteks di mana di dalam setiap ucapannya beliau konsisten menyebut mengenai pembunuhan beramai-ramai dan menggesa masyarakat global untuk bertindak.

“Saya telah bercakap dengan tegas, walaupun dengan risiko akibat diplomatik. Mesej saya sudah jelas: kebiadaban Israel mesti dihentikan.

“Kalau nak ambil cebis-cebisan (perkataan) itu, terkeluar daripada konteks kurang tepat. Kalau tidak bersetuju dengan perkataan tidak mengapa, saya tidak mahu berbalah soal itu, tetapi tidak benar untuk dikaitkan dan menghina kita dalam keadaan kita berperang dalam isu ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI