fbpx

Cipta sejarah, Ernie Zakri terima anugerah pertama di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE Zakri mula mendapat tempat di hati peminat Indonesia.

PETALING JAYA – Terus melakar kejayaan, penyanyi Ernie Zakri merangkul anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di acara SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV)Indonesia, semalam.

Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, teruja lagu nyanyiannya, Masing Masing yang menjadi runut bunyi drama di stesen TV Indonesia itu meraih pengiktirafan.

“Terima kasih semua, alhamdulillah. Ini pertama kali saya masuk TV Indonesia.

“Masya-Allah, rezeki yang luar biasa. Terima kasih SCTV, Universal Music Malaysia dan Indonesia,” katanya selepas menerima anugerah.

Lagu ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron Luka Cinta.

Lebih membanggakan, pelantun lagu Aura adalah artis Malaysia kedua memenangi anugerah dalam SCTV Music Awards selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meraih trofi Artis Asing Paling Ngetop pada 2004.

Masing Masing berjaya mengenetepikan lagu Cinta Pertama Dan Terakhir ‘soundtrack’ bagi sinetron My Heart, Ku Dengannya Kau Dengan Dia (Di Antara Dua Cinta), Kehilanganmu (Naik Ranjang) dan Takkan Berpaling Darimu (Saleha).

Dalam masa sama, Ernie dan Ade sempat membuat persembahan di atas pentas penuh gemilang tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI